*dGn NaMa ALLAH*

Image hosted by Photobucket.com


*uMieE's bLoG
*SuHaNa
*yAk
*SuLaZ
*cT
*ciPtAaN cT
*aL-QaDiRi
*aKhiE aZhaR
*ZaRiFa
*kAk iZzaH
*aQiLi
*Syazana
*PuTiHzAmRud


WeBbiEs

[[* DaiLy Ta'LiM *]]

[[* IsLaMwAy *]]

[[* NaSyid.CoM *]]
[[* aLwAn cOmiCz *]]
[[* LiriK nAsYid *]]


Image hosted by Photobucket.com

kErEsAhaN sELaLu mEnYeLimUti tAbiR hAti sEoRaNg iNsAn. kAdaNgKaLa mEndEriTa kEhaMpAaN sEhiNgGa sUkAr mEnCari pEnaWaRnYa. dEnGaN aZam yAnG kuKuh dAn kEmAhuAn yAng tEguH, aKaN mEmeCahkAn tEmbOk pEngHaLaNg kEjaYaAn iMpiAn CitA-ciTa...


[[ IsLaM ]]



Recent
Terkadang cinta perlu dipentingkanOleh: DR. HM TUA...
pErKaHwiNan yAnG pAsTi aKaN tiBa...Pada suatu masa...
Wahai Hati Tenanglah...Pernah satu ketika seorang ...
kEmaTiAn iTu sUaTu yAnG pAsTi..Daun nan dulunya pu...
WIRID DAN DOA HARIANAdalah menjadi satu keperluan ...
-KeHiLaNgAn mUkaSurAt aL-QurAn-Dalam rancangan Mis...
-BERSYUKURLAH-Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah se...
Dialah Isteri, Dialah sahabat....:: Kisah Siti Kha...
Kisah Khalifah Umar Bin Abdul AzizKhalifah Umar Bi...
PaNduAn bErsAma...NASIHAT RASULULLAH S.A.W. KEPADA...

Archive
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
Current Posts





[[* *]]

Monday, May 30, 2005

WIRID DAN DOA HARIAN

Adalah menjadi satu keperluan bagi setiap orang Islam melazimkan dirinya dengan zikir kepada Allah SWT sepanjang masa. Antara caranya ialah dengan memilih wirid dan doa tertentu untuk dijadikan amalan.

Diriwayatkan daripada 'Umar bin al-Khattab, sabda Rasulullah SAW:"Sesiapa yang tertinggal dengan sebab tertidur daripada membaca wirid yang biasa diamalkannya atau sesuatu daripadanya, kemudian ia membacanya pada waktu antara solat Subuh dan solat Zohor, maka ditulis ganjaran untuknya seolah-olah ia membacanya pada waktu malam."(Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa'i dan Ibn Majah)

Susunan buku ini dapat memudahkan kita melakukan amalan tersebut. Seterusnya menggalakkan kita melakukannya secara berterusan. Amalan seperti ini dengan penghayatannya adalah menjadi sebagai pengubat jiwa dan pasak kepada kecekalan diri serta mendorong kepada keberkatan dalam kerja-kerja harian kita. Ganjarannya tetap boleh diperolehi daripada Allah SWT baik di dunia maupun di akhirat.

Teks asal bahagian Wirid Harian dikumpulkan oleh Muhammad AbdulJawwad dan disemak oleh ulama al-Azhar, Syeikh Abdul Halim Mahmud.Kemudian ia telah disusun semula dan diterjemahkan sehingga dapatditerbit dalam bentuk buku seperti ini.

Wirid-wirid dan doa-doa di dalam buku ini merupakan kumpulan doa yang dipetik dari al-Quran dan al-Sunnah. Bacaannya wajar diulangi pada setiap pagi dan petang. Wirid Harian tidak semestinya dibaca mengikut hari-hari yang dicadangkan tetapi dengan mengikuti wirid-wirid yang telah dicadangkan pada hari-hari tertentu, pembaca akan mendisiplinkan diri untuk membaca di samping menghayati semua doa yang meliputi segala keadaan dalam tempoh seminggu.

Semoga segala harapan kita menjadi kenyataan dengan berkat wirid dan doa ini, insyaAllah.

.::. oUtz.. sHa .::. 3:31 PM



[[* *]]

Monday, May 23, 2005

-KeHiLaNgAn mUkaSurAt aL-QurAn-

Dalam rancangan Misteri Nusantara, antara paparannya adalah lenyapnya tulisan al-Quran dari naskahnya yang berlaku baru2 ini di sebuah kampung di Kuala Kangsar, Perak. Wartawan Misteri Nusantara Shahnun Hanif Suhaimi yang mendapat panggilan seorang lelaki di Kampung Kota Lama, Kuala Kangsar, Perak telah bergegas ke lokasi menemui pemilik al-Quran iaitu seorang guru agama yang merasa pelik dan hairan apabila mendapati 4 pages dalam naskah al-Qurannya yang dimiliki selama 40 tahun hilang tulisannya begitu sahaja, sedangkan dia menggunakannya hampir setiap hari khususnya ketika mengajar anak2 muridnya mengaji.

Berdasarkan hadis Sahih Bukhari dan Muslim, antara tanda2 Kiamat ialah apabila al-Quran diangkat ke langit.
Penduduk kampung mengaitkan kejadian aneh ini dengan tanda2 Kiamat tetapi sejauh mana kebenarannya masih menjadi tanda tanya.

Hajah Khatijah seorang guru agama berusia 74 tahun telah menggunakan naskah al-Quran ini 40 tahun lamanya. Ia diterima sebagai barangan pusaka ibu saudaranya yang mewasiatkan agar selalu membacanya.

Kejadian ini disedari ketika Hajah Khatijah membaca al-Quran selepassembahyang Isyak dan apabila sampai ke juzuk 13 dia mendapati tulisannya telah lenyap walaupun sebelum ini tulisan ini ada. Menurutnya yang telah khatam membaca naskah al-Quran ini lebih 40 kali tidak pernah melihat adanya helaian kosong atau misprint. Katanya jika ia disebabkan oleh tindak balas kimia, mengapa hanya 4 helai sahaja yang hilang dan tidak di muka surat lain. Naskah ini juga menurutnya disimpan dengan baik tidak terkena air atau bahan kimia.

Kehilangan ayat dalam naskah al-Quran ini membabitkan ayat dalam surah Ibrahim dan surah al-Hijr. Naskah al-Quran lama ini yang dicetak oleh Sulaiman Press di 85, Lebuh Acheh, Penang, tidak lagi dijual. Wartawan Shahnun Hanif Suhaimi yang melihat lebih dekat naskah tersebut mendapati tiada kesan ianya dipadam atau kemungkinan helaiannya ditukar.
Walau apa pun yang berlaku hanya Allah sahaja yang tahu dan Allah maha berkuasa ke atas segala sesuatu.

TUN HABAB.
KITA SELALUNYA TIDAK MENGHARGAI APA YANG DI SEKELILING KITA SEHINGGALAH KITA KEHILANGANNYA....
KALAU ANDA MEMPUNYAI SAHABAT YANG BAIK HARGAILAH PERSAHABATAN TERSEBUT...

PUPUKLAH IA DENGAN IMAN DAN UKHUWAH.

JIKA HENDAK LAKUKAN SESUATU YANG BAIK, JANGAN BERTANGGUH, KERANA MAUT...

HANYA SEJENGKAL DARI KITA.


Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com


.::. oUtz.. sHa .::. 8:41 AM





*^* sEkiAn... wAsSaLaM *^*

SeMoGa aPa yAnG dI sAmPaiKaN dApAt kiTa mAnFaAtKaN bErSaMa.. iNsYaAllaH..