*dGn NaMa ALLAH*

Image hosted by Photobucket.com


*uMieE's bLoG
*SuHaNa
*yAk
*SuLaZ
*cT
*ciPtAaN cT
*aL-QaDiRi
*aKhiE aZhaR
*ZaRiFa
*kAk iZzaH
*aQiLi
*Syazana
*PuTiHzAmRud


WeBbiEs

[[* DaiLy Ta'LiM *]]

[[* IsLaMwAy *]]

[[* NaSyid.CoM *]]
[[* aLwAn cOmiCz *]]
[[* LiriK nAsYid *]]


Image hosted by Photobucket.com

kErEsAhaN sELaLu mEnYeLimUti tAbiR hAti sEoRaNg iNsAn. kAdaNgKaLa mEndEriTa kEhaMpAaN sEhiNgGa sUkAr mEnCari pEnaWaRnYa. dEnGaN aZam yAnG kuKuh dAn kEmAhuAn yAng tEguH, aKaN mEmeCahkAn tEmbOk pEngHaLaNg kEjaYaAn iMpiAn CitA-ciTa...


[[ IsLaM ]]



Recent
Terkadang cinta perlu dipentingkanOleh: DR. HM TUA...
pErKaHwiNan yAnG pAsTi aKaN tiBa...Pada suatu masa...
Wahai Hati Tenanglah...Pernah satu ketika seorang ...
kEmaTiAn iTu sUaTu yAnG pAsTi..Daun nan dulunya pu...
WIRID DAN DOA HARIANAdalah menjadi satu keperluan ...
-KeHiLaNgAn mUkaSurAt aL-QurAn-Dalam rancangan Mis...
-BERSYUKURLAH-Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah se...
Dialah Isteri, Dialah sahabat....:: Kisah Siti Kha...
Kisah Khalifah Umar Bin Abdul AzizKhalifah Umar Bi...
PaNduAn bErsAma...NASIHAT RASULULLAH S.A.W. KEPADA...

Archive
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
Current Posts





[[* *]]

Thursday, March 31, 2005

-pEtiKaN dAri MUIS-


..::.. Assalammualaikum....... ..::..

:: Pengertian Ilmu Faraidh ::

Ilmu faraidh ialah ilmu yang menerangkan cara pembahagian harta pusaka kepada anggota waris si mati mengikut ketentuan-ketentuan Allah S.W.T di dalam Al-Quran.

:: Yang dimaksudkan sebagai harta pusaka ::

Harta pusaka ialah peninggalan seseorang yang telah meninggal dunia, baik berupa harta benda atau hak-hak atau apapun aset yang mempunyai nilai kebendaan, yang dibenarkan syariat untuk dipusakai oleh ahli waris.

Perkara tersebut di terangkan dalam Hadith Rasulullah s.a.w: "Barang siapa yang meninggalkan sesuatu hak atau harta, maka hak atau harta itu adalah untuk ahli warisnya setelah kematiannya."

Termasuk sebagai harta pusaka si mati adalah:


*Harta benda yang bersifat tetap seperti bangunan, tanah, ladang dan seumpamanya

*Harta benda yang bersifat tidak tetap atau boleh bergerak seperti wang tunai, peralatan, kenderaan, barang-barang kemas, pakaian dan seumpamanya

*Hutang-hutang orang kepada si mati

*Harta benda yang telah digadaikan si mati dan boleh ditebusi

*Harta benda yang telah beli si mati semasa hayatnya berupa sesuatu pembelian yang telah dibayar wangnya tetapi belum diterima barangnya

*Mas kahwin yang masih belum diserahkan kepada isteri sehingga ia meninggal

*Harta-harta lain seperti wang simpanan, wang CPF, saham-saham, saham-saham amanah (Unit Trust), bon, insurance dan seumpamanya yang dibolehkan syarak

*Harta benda yang disebutkan tadi sama ada berada di dalam dan di luar tempat tinggal si mati.

*Lain-lain aset yang mempunyai nilai kebendaan.

:: Yang diistilahkan sebagai para waris ::

Para waris ialah orang yang berhak mewarisi harta pusaka si mati berdasarkan hubungan berikut dengan si mati:

*Kekeluargaan (nasab)

*Perkahwinan atau perwalian

*Perhubungan perghambaan


.::. oUtz.. sHa .::. 8:11 AM



[[* *]]

Monday, March 28, 2005

tiPs uNtk sEmUa yG bErMiNaT.....

RUJUKAN INI DISEDIA DAN DISUMBANGKAN OLIH AKHI GURU TAJWEED;

ADAB MEMBACA DAN MENGHAFAL AL-QUR'AN
* lkhlaskan niat.
* Bersabar.
* Mulakan bacaan dengan Bismillah.
* Banyak berdoa kepada Allah sm.t.
* Bersih dari hadas kecil dan besar.
* Sebaiknya menghadap kiblat.
* Memakai pakaian putih yang bersih dan menutup aurat.
* Jangan banyak berkata dan ketawa ketika membaca dan menghafal.
* Memberikan tumpuan sepenuhnya.
* Jangan membaca ketika mengantuk atau menguap.
* Berhenti membaca ketika ingin membuang angin.
* Solat dua rakaat sebelum memulakan kelas.

SEBELUM MENGHAFAL
1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal.
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.3
. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebefum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

TEKNIK-TEKNIK MENGHAFAL

A. Teknik "Chunking” (potongan2)
* Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
* Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
* Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
* Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
* Memisah-misahkan Ai-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang
* Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafainya.
* Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kah (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
* Selepas menghafal setiap setengah muka surat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
* Selepas menghafal satu muka surat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
* Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat
* Menumpukan penglihatan kepada ayat, muka surat dan lebaran.
* Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
* Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf.
* Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman
* Pilih seorang teman yang sama minat.
* Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
* Orang yang kedua membaca dengan disernak oleh orang yang pertarna.
* Saling menyebut ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset/CD
* Pilih seorang qari yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari bagi surah-surah tertentu.
* Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
* Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari tersebut sehingga terpahat di fikiran.
* Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari tersebut.
* Sentiasa mendengar kaset/CD bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu-lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara
* Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafaian yang betul.
* Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut.
* Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafainya.

G. Teknik Menulis
* Tulis kembali muka surat yang telah dihafal. Kemudian semak semula dengan mashaf.
* Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam sehelai kertas.

H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"
* Buat beberapa kotak.
* Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
* Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword atau kunci bagi mukasurat tersebut.
* Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur
* Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
* Semasa melelapkan mata, dengar kaset/CD bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
* Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset/CD di minda kita.

J. Teknik "Mind-mapping"
* Sagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya.
* Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.
* Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.

MENGEKALKAN HAFALAN
1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-iain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat sunat Taqwiyatul hifzi.
5. Menetapikan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutasyabih.

MUDAH-MUDAHAN IKHWAH SEMUA DIDALAM NAUNGAN KERAHMATAN ALLAH DAN PARA MALAIKAT DALAM MENGISIKAN ALQURAN DIDADA. INSYA ALLAH.

.::. oUtz.. sHa .::. 6:00 PM



[[* *]]

Friday, March 25, 2005


aPabiLa sAmPainYa aJaL...


:: Assalammualaikum wr... wb.. ::

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga:
Keluarga, Hartanya, Dan Amalnya.

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu Tinggal Bersamanya;
Keluarga Dan Hartanya Akan Kembali
Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Ketika Roh Meninggalkan Jasad...

Terdengar Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Pulan Anak Si Pulan.. Apakah kau yang telah meninggalkan dunia, Atau dunia yang meninggalkanmu Apakah kau yang telah menumpuk harta kekayaan, Atau kekayaan yang telah menumpukmu Apakah kau yang telah menumpuk dunia, Atau dunia yang elah menumpukmu Apakah kau yang telah mengubur dunia, Atau dunia yang telah menguburmu."

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Pulan Anak Si Pulan... Mana badanmu yang dahulunya kuat Mengapa kini terkulai lemah Mana lisanmu yang dahulunya fasih Mengapa kini bungkam tak bersuara Mana telingamu yang dahulunya mendengar Mengapa kini tuli dari seribu bahasa Mana sahabat-sahabatmu yang dahulunya setia Mengapa kini raib tak bersuara."

Ketika Mayat Siap Dikafan...

Suara dari langit terdengar memekik, "Wahai Pulan Anak Si Pulan Berbahagialah apabila kau bersahabat dengan redha Allah Celakalah apabila kau bersahabat dengan murka Allah Wahai Pulan Anak Si Pulan... Kini kau tengah berada dalam sebuah perjalanan Nun jauh tanpa bekal Kau telah keluar dari rumahmu Dan tidak akan kembali selamanya Kini kau tengah safar pada sebuah tujuan yang penuh pertanyaan."

Ketika Mayat Diusung....

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Pulan Anak Si Pulan.. Berbahagialah apabila amalmu adalah kebajikan Berbahagialah apabila matimu diawali taubat Berbahagialah apabila hidupmu penuh dengan taat."

Ketika Mayat Siap Dishalatkan....

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai pulan Anak Si Pulan.. Setiap pekerjaan yang kau lakukan kelak kau Lihat hasilnya di akhirat Apabila baik maka kau akan melihatnya baik Apabila buruk, kau akan melihatnya buruk."

Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat....
Terdengar Suara Memekik Dari Langit, "Wahai Pulan Anak Si Pulan... Apa yang telah kau siapkan dari rumahmu yang luas di dunia Untuk kehidupan yang penuh gelap gelita di sini Wahai Pulan Anak Si Pulan... Dahulu kau tertawa kini dalam perutku kau menangis Dahulu kau bergembira kini dalam perutku kau berduka Dahulu kau bertutur kata kini dalam perutku kau Bungkam seribu bahasa."

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian....
Allah Berkata Kepadanya, "Wahai hambaKu.. Kini kau tinggal seorang diri Tiada teman dan tiada kerabat Di sebuah tempat kecil, sempit dan gelap.. Mereka pergi meninggalkanmu.. Seorang diri padahal, Kerana mereka kau pernah langgar perintahku Hari Ini.... Akan Kutunjukan kepadamu kasih Sayang-Ku yang akan takjub seisi alam Aku akan menyayangimu lebih dari kasih sayang seorang ibu pada anaknya. Kepada jiwa-jiwa yang tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang Kembalilah Kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam JannahKu."

.::. oUtz.. sHa .::. 5:15 PM



[[* *]]

Monday, March 21, 2005


BiCaRa sEoRnG kEkAsiH...

Nah, ambil la ini.. ("\/")
Ini adalah hati. Hatiku. Kau dah jadi sebahagian dariku. Kau lebih dari seorang kawan. Tapi maaf. Sebab, hati itu aku tak beri sepenuhnya.Cuma sebahagian saja...
Aku pernah beri hatiku pada orang lain juga. Dan aku tak pernah beri kesemuanya.
Aku takut aku tiada hati untuk diriku sendiri. Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya.
Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri. Mungkin bunyinya kelakar. Tapi itu realitinya. Ia juga berubah mengikut rentak hidupmu. Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ianya bukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa. Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu percayakan kau.
Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.
Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu mistik!
Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu. Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika... sehingga hatinya pulih seperti sediakala. Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah.
WaAllahu'alam.....

.::. oUtz.. sHa .::. 9:20 PM



[[* *]]

Thursday, March 10, 2005


-RaHsiA buLaN-

:: AsSaLaMmUaLaiKum! ::

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan olehYang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER
* Suka berbual.

* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk di rumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

.::. oUtz.. sHa .::. 2:23 PM



[[* *]]

Thursday, March 03, 2005


-Wahai kaum Hawa..-


:: Assalammualaikum wr...wb... ::

Sebagai renungan dan peringatan buat diriku dan sahabat2 yg lain....

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah hawa janji Tuhan kita, Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

*Untuk membentuk bibir yang menawan,ucapkan kata-kata kebaikan.
*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan,dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
*Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda.

Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakinmensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

.::. oUtz.. sHa .::. 11:57 PM





*^* sEkiAn... wAsSaLaM *^*

SeMoGa aPa yAnG dI sAmPaiKaN dApAt kiTa mAnFaAtKaN bErSaMa.. iNsYaAllaH..