*dGn NaMa ALLAH*

Image hosted by Photobucket.com


*uMieE's bLoG
*SuHaNa
*yAk
*SuLaZ
*cT
*ciPtAaN cT
*aL-QaDiRi
*aKhiE aZhaR
*ZaRiFa
*kAk iZzaH
*aQiLi
*Syazana
*PuTiHzAmRud


WeBbiEs

[[* DaiLy Ta'LiM *]]

[[* IsLaMwAy *]]

[[* NaSyid.CoM *]]
[[* aLwAn cOmiCz *]]
[[* LiriK nAsYid *]]


Image hosted by Photobucket.com

kErEsAhaN sELaLu mEnYeLimUti tAbiR hAti sEoRaNg iNsAn. kAdaNgKaLa mEndEriTa kEhaMpAaN sEhiNgGa sUkAr mEnCari pEnaWaRnYa. dEnGaN aZam yAnG kuKuh dAn kEmAhuAn yAng tEguH, aKaN mEmeCahkAn tEmbOk pEngHaLaNg kEjaYaAn iMpiAn CitA-ciTa...


[[ IsLaM ]]



Recent
Terkadang cinta perlu dipentingkanOleh: DR. HM TUA...
pErKaHwiNan yAnG pAsTi aKaN tiBa...Pada suatu masa...
Wahai Hati Tenanglah...Pernah satu ketika seorang ...
kEmaTiAn iTu sUaTu yAnG pAsTi..Daun nan dulunya pu...
WIRID DAN DOA HARIANAdalah menjadi satu keperluan ...
-KeHiLaNgAn mUkaSurAt aL-QurAn-Dalam rancangan Mis...
-BERSYUKURLAH-Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah se...
Dialah Isteri, Dialah sahabat....:: Kisah Siti Kha...
Kisah Khalifah Umar Bin Abdul AzizKhalifah Umar Bi...
PaNduAn bErsAma...NASIHAT RASULULLAH S.A.W. KEPADA...

Archive
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
Current Posts





[[* *]]

Wednesday, April 20, 2005


-BERSYUKURLAH-

Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika
bagi menghormati azan.

Setelah selesai dan menjawap azan barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya.
Setelah dia meninggal ramai dari kalangan orang-orang yang soleh telah bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, "Ibadah apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?"
Jawap Zubaidah, Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.
Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan , Allah berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka"

"Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya "Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan." Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya,sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala.
Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi." Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam?." Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

Bersedialah menempuh hari selepas kematian,bersedialah untuk menempuh sakaratul maut.
Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!!

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:
1) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP
3) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA
4) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

.::. oUtz.. sHa .::. 9:05 PM



[[* *]]

Thursday, April 14, 2005


Dialah Isteri, Dialah sahabat....

:: Kisah Siti Khadijah r.a ::

Siti Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai dari golongan pembesar mekah. Berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w ketiak berumur 40thn, manakala Nabi Muhammad 25 tahun. Khadijah merupakan wanita kaya dan terkenal. Beliau boleh hidup mewah dengan hartanya sendiri. Meski memiliki kekayaan melimpah, Sayyidah Khodijah as merasa kesepian hidup menyendiri tanpa suami. Pada suatu hari, saat pagi buta, dengan penuh kegembiraan ia pergi ke rumah pamannya, yaitu Waraqah bin Naufal. Ia berkata, "Tadi malam aku bermimpi sangat menakjubkan. Saya melihat matahari berputar-putar di atas kota Mekkah, lalu turun ke arah bumi. Ia semakin mendekat dan semakin mendekat. Aku terus memperhatikannya untuk melihat kemana ia turun. Ternyata ia turun dan memasuki rumahku. Cahayanya yang sangat agung itu membuatku terperangah. Lalu aku terbangun dari tidurku."

Waraqah mengatakan, "Aku sampaikan berita gembira kepadamu, bahwa seorang lelaki agung dan mulia akan datang meminangmu. Ia memiliki kedudukan penting dan kemasyhuran yang semakin hari semakin meningkat."

Tak lama kemudian Khadijah ditakdirkan menjadi isteri Rasulullah Mohammad bin Abdillah saw. Ketika Muhammad masih muda dan dikenal sebagai pemuda yang lurus dan jujur, telah diperkenalkan untuk ikut menjualkan barang dagangan Khadijah ra. Hal yang lebih banyak menarik perhatian Khadijah adalah kemuliaan jiwa Muhammad saw. Khadijah-lah yang lebih dahulu mengajukan permohonan untuk menikah dengan Muhammad. Semua itu berlaku dengan usaha orang tengah iaitu Nafisah Binti Munyah dan peminangan dibuat melalui bapa saudara Nabi iaitu Abu Talib. Keluarga dekat Khadijah tidak menyetujui rencana pernikahan ini. Namun Khadijah sudah sedemikian tertarik oleh kejujuran, kebersihan dan sifat-sifat istimewa Nabi Islam ini, sehingga beliau tidak memperdulikan segala kritik dan kecaman dari keluarga dan kerabatnya. Khadijah yang juga seorang yang cerdas, mengenai ketertarikannya kepada Muhammad mengatakan, "Jika segala kenikmatan hidup diserahkankepadaku, dunia dan kekuasaan para raja Iran dan Romawi diberikan kepadaku, tetapi aku tidak hidup bersamamu, maka semua itu bagiku tak lebih berharga daripada sebelah sayap seekor naymuk."

Sewaktu malaikat wahyu turun kepada Nabi Islam saw maka Khadijah adalah orang pertama yang mengakui kenabian suaminya, dan wanita pertama yang memeluk serta menerima Islam. Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah SAW, Khadijah begitu setia menyertai baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira’, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah SAW agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan baginda. Sekiranya baginda khusyu’ bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga baginda pulang. Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah SAW, Khadijah pasti bersama dan membantu baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.

"Rasulullah saw menyebut keistimewaan terpenting Sayyidah Khadijah as dalam salah satu sabdanya, "Di saat semua orang mengusir dan menjauhiku, dia beriman kepadaku. Ketika semua orang mendustakan aku, dia meyakini kejujuranku. Sewaktu semua orang memboikotku, dia menyerahkan seluruh harta kekayaannya kepadaku."

Siti Khadijah telah hidup bersama-sama Nabi Muhammad selama 24 tahun dan wafat dalam usia 64 tahun 6 bulan.

.::. oUtz.. sHa .::. 10:20 AM



[[* *]]

Wednesday, April 13, 2005

Kisah Khalifah Umar Bin Abdul Aziz

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz adalah satu-satunya Khalifah Islam yang berjiwa besar dan merupakan seorang Khalifah Bani Umaiyah yang paling agung. Watak dan keperibadinya adalah berlainan dengan sebahagian besar khalifah-khalifah Bani Umaiyah yang tegas dan zalim. Jika sebahagian besar daripada khalifah-khalifah Bani Umaiyah banyak menghabiskan kekayaan negara untuk kepentingan hawa nafsu mereka tetapi berlainan pula dengan keperibadian Khalifah Umar yang agung dan suci ini. Beliau sesungguhnya adalah seorang khalifah yang sangat bertaqwa terhadap Allah s.w.t. menyukai hidup sederhana dan zuhud serta berusaha kuat untuk mengembalikan pemerintahan negara kembali semula kepada dasar-dasar Islam yang murni. Justeru ketaqwaannya, baginda cuba menegakkan kembali keadilan pemerintah sebagaimana yang pernah berlaku semasa zaman nenek moyangnya Khalifah Umar Al Khattab r.a. Dan dalam banyak aspek, baginda yang sangat sederhana serta menjauhi kesenangan itu pernah dikatakan sebagai menyerupai kehidupan moyangnya Khalifah Umar Al Khattab yang termasyhur itu.

Nama baginda yang sebenar ialah Abu Jaafar Umar Bin Abdul Aziz Bin Marwan Bin Hakam, keturunan Umaiyali daripada bangsa Quraisy. Baginda dilahirkan di bandar Hilwan dalam tahun 61 H, di mana ayahandanya berkhidmat sebagai gabenor di tempat itu. Ibunya pula ialah Laila Binti A'sim Bin Umar Bin Al Khattab. Umar Bin Abdul Aziz adalah seorang yang di anggap bertuah kerana dilahirkan dan keluarga yang masyhur lagi di segani oleh rakyat jelata.

Semenjak kecilnya, baginda telah mula menghafaz AI-Qur'an kemudian beliau dihantar oleh ayahnya Abdul Aziz ke Madinah untuk mempelajari ilmu pengetahuan. Semasa di Madinah baginda telah berguru kepada tokoh-tokoh ulama’, yang muktabar seperti Imam Malik Bin Anas, Urwah Bin Zubair, Abdullah Bin Jaafar Bin Ali Bin Abu Talib, Yusuf Bin Abdullah dan Said Bin Musaiyab. Setelah beberapa lama di Madinah, baginda kemudiannya dihantar pula ke Mesir untuk mendalami lagi ilmu pengetahuannya. Apabila ayahnya meninggal dunia, baginda dipanggil balik ke Damsyik oleh bapa saudaranya Abdul Malik Bin Marwan yang menjadi Khalifah ketika itu dan kemudian dikahwinkan dengan puterinya Fatimah Binti Abdul Malik.

Umar Bin Abdul Aziz adalah disayangi oleh bapa saudaranya Khalifah Abdul Malik kerana baginda mempunyai peribadi yang luar biasa dan memiliki sifat-sifat kepahlawanan yang diwarisi daripada datuknya Khalifah Umar Bin Al Khattab yang terkenal sebagai Khalifah yang adil dan perkasa. Maka berdasarkan faktor-faktor itulah baginda telah dilantik oleh Khalifah Al Walid Bin Abdul Malik memegang jawatan gabenor di Madinah.

Umar Bin Abdul Aziz telah menaiki tahta Kerajaan Bani Umaiyah pada tahun 717 Masihi setelah kematian Khalifah Sulaiman Bin Abdul Malik atas wasiatnya. Setelah baginda memegang teraju pemerintahan negara, baginda dapati bahawa negara Islam di zaman itu tidak lebih dari sebuah negara feudal dan keadaan umat Islam pula telah berada jauh daripada apa yang dituntut oleh agama Islam.

Baginda juga mendapati bahawa anak-anak buah keluarga Bani Umaiyah memiliki istana-istana besar dan tanah yang luas. Mereka telah menggunakan harta kerajaan secara bebas, menindas dan merampas hak rakyat jelata dengan sewenang-wenangnya. Demikianlah keadaan negara dan umat Islam ketika baginda menaiki tahta Kerajaan Umaiyah. Maka sebab itulah baginda dari sejak mula memegang kekuasaan berikrar untuk mengembalikan semula keadilan dan keiz’zahan ajaran-ajaran Islam kepada kehidupan umat Islam ketika itu walaupun baginda terpaksa menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi. Baginda ingin menjadikan pemerintahan negara sebagai sebuah daulah yang benar-benar berdasarkan kehendak dan ajaran Islam yang suci.

Khalifah Umar sedar akan hakikat sebenarnya yang telah berlaku dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang menyebabkan rakyat merasa tidak puas hati terhadap kerajaan. Ini adalah disebabkan adanya kezaliman dan dasar tindas-menindas dari pihak kerajaan dan pegawai­-pegawainya terhadap rakyat jelata. Baginda telah bekerja keras untuk membawa pelbagai perubahan dan kebajikan terhadap rakyat jelata dalam kerangka mewujudkan sebuah pemerintahan Islam yang sejati.

Usaha kebajikan yang dilakukan oleh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz ialah menghapuskan cacian terhadap Saiyidina Ali Bin Abu Talib serta keturunannya sebagaimana yang lazim dilakukan oleh Khalifah-khalifah Umaiyah ketika Khutbah Jumaat. Cacian ini diwajibkan kepada imam-imam atau khatib-khatib di setiap masjid agar membacanya ketika menyampaikan khutbah Jumaat. Amalan mencerca Saiyidina Ali r.a. ini terus menerus diamalkan oleh Khalifah-khalifah Umaiyah sehinggalah kepada zaman Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Baginda telah memerintahkan dengan keras agar perbuatan yang terkutuk itu dihapuskan sama sekali dan hendaklah digantikan tempat itu di dalam khutbah Jumaat dengan ayat-ayat suci Al Quran.

Satu lagi pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz ialah menghapuskan bayaran jizyah yang dikenakan kepada orang-orang bukan beragama Islam yang tinggal di negara Islam dan jajahan takluknya. Tujuan baginda berbuat demikian ialah untuk menggalakkan mereka supaya bertambah ramai menganut agama Islam. Dan ini merupakan satu cara untuk meluaskan penyebaran agama Islam.

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz adalah seorang Khalifah yang sangat warak dan taqwa serta menyukai hidup zuhud dan menjauhi kesenangan. Corak kehidupannya amatlah sederhana sekali dan bagindalah satu-satunya Khalifah Umaiyah yang bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa mengira perbezaan darjat atau keturunannya.

Langkah yang diaplikasikan untuk menjadikan kehidupan rakyat bertambah senang baginda telah menaikkan gaji kaum buruh sehingga kenaikan tersebut hampir menyamai setengah-setengah gaji para pegawai kerajaan. Demikianlah besarnya perhatian dan kecintaan baginda terhadap golongan umat Islam yang miskin lagi rendah taraf kehidupannya.

Bagaimanapun satu-satunya lagi jasa Khalifah Umar Bin Abdul Aziz yang terbesar sekali ialah usahanya dalam memajukan pengajaran dan kepentingan agama Islam di lingkungan umat dan kerajaannya yang luas itu. Baginda telah memerintahkan Muhammad Bin Abu Bakar Al Hazni di Mekah agar mengumpulkan serta menyusun hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu baginda juga telah menghantar pendakwah-pendakwah Islam kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara serta mengajak mereka itu memeluk agama Islam.

Sebagai seorang yang alim dan ahli dalam bidang perundangan Islam, beliau sangat mengambil berat tentang kemajuan ilmu pengetahuan di zamannya. Semua orang -orang Islam diperintahkan supaya berjemaah dan menggunakan bangunan-bangunan masjid untuk mempelajari hukum Islam. Dalam rangka beliau untuk menyebarkan ilmu pengetahuan, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara untuk mengajar hal-ehwal agama. Islam di sana. Beliau juga mengambil berat tentang penyebaran ilmu sains dan kedoktoran. Dalam bidang ini beliau memerintahkan golongan cerdik pandai Islam supaya menterjemahkan pelbagai cabang ilmu pengetahuan yang terkandung dalam kitab-kitab bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab. Penterjemahan ini adalah bertujuan supaya kitab-kitab tersebut dapat dipelajari oleh Umat Islam dan menjadi bahan kajian golongan cerdik pandai Islam ketika itu.

Keadilan adalah satu-satunya dasar pemerintahan yang sangat diperhatikan oleh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz . Dapat dikatakan bahawa di zamannyalah umat Islam sekali lagi dapat menyaksikan ciri-ciri keadilan pemerintah Islam yang terpancar dari ajaran-ajaran Islam yang murni. Semasa pemerintahannya sekalian rakyat dilayan dan diadili dengan saksama tanpa terpengaruh oleh lingkungan pangkat, darjat atau keluarga. Baginda telah melarang keras hukuman bunuh dan potong tangan terhadap seseorang sekiranya pihak pendakwa tidak dapat membuktikan keterangan-keterangan yang jelas dan semua hukuman-hukuman tersebut Selain daripada itu harta rampasan perang tidak boleh dibawa kembali atau dibahagi-bahagikan menurut sesuka hati. Majlis Jemaah Negara pula tidak lagi dibenarkan dengan menggunakan harta kerajaan. Demikianlah gambaran corak pemerintahan yang dijalankan oleh Khalifah agung dari Bani Umaiyah ini yang wajar mendapat sanjungan umat serta ditauladani oleh pemerintah-pemerintah Islam dewasa ini.

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, Khalifah sangat amanah, adil lagi menyukai hidup zuhud telah meninggal dunia dalam tahun 101 Hijrah tatkala berusia 39 tahun. Walaupun zaman pemerintahannya itu sangat pendek sekali iaitu hanya 2 tahun 5 bulan sahaja namun baginda telah meninggalkan jasa-jasa yang sungguh besar dan mengkagumkan umat di sepanjang zaman. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas rohnya yang suci dan meredhai segala amalnya yang baik.

.::. oUtz.. sHa .::. 4:40 PM



[[* *]]

Wednesday, April 06, 2005


PaNduAn bErsAma...

NASIHAT RASULULLAH S.A.W. KEPADA ABU SA'ID AL-KHUDRY


Di antara khutbah-khutbah Baginda yang panjang yang masih diingat Abu Sa'id Al-Khudry ialah: 'Sesungguhnya dunia ini tak ubahnya tanaman hijau yang manis dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu semua penguasa di sana. Dia memandang bagaimana kamu berbuat. Ingat, takutlah kepada dunia dan takutlah kepada wanita.

Ingatlah! Tak ada yang mencegah seseorang kerana kebesaranNya untuk mengatakan yang benar bila ia benar-benar sudah mengetahuinya.

Ingatlah! Sesungguhnya Bani Adam telah diciptakan atas beberapa tingkatan yang berbeza-beza. Di antara mereka ada yang dilahirkan dalam keadaan mukmin, hidup dalam keadaan mukmin dan mati dalam keadaan mukmin. Di antara mereka ada yang dilahirkan dalam keadaan mukmin, hidup dalam keadaan mukmin dan mati dalam keadaan kafir. Di antara mereka ada yang dilahirkan dalam keadaan kafir, hidup dalam keadaan kafir dan mati dalam keadaan mukmin. Di antara mereka ada yang dilahirkan dalam keadaan kafir, hidup dalam keadaan kafir dan mati dalam keadaan kafir.

Ingatlah! Di antara mereka ada yang tidak cepat marah dan cepat menguasai diri. Ada yang cepat marah dan cepat menguasai diri. Ada pula yang tidak cepat marah dan tidak cepat menguasai diri. Yang ini berbeza dengan yang itu. Ingatlah! Di antara mereka ada yang tidak cepat menguasai diri, cepat marah. Ingatlah, yang terbaik dari mereka ialah yang tidak cepat marah tetapi cepat menguasai diri. Dan yang paling jelek dan antara mereka ialah cepat marah, namun tidak cepat menguasai diri.

Ingatlah! Di antara mereka ada yang baik dalam membei dan meminta. Ada yang jelek dalam memberi, baik dalam meminta. Ada pula di antara mereka yang baik dalam meminta dan baik dalam memberi. Yang ini berbeza dengan yang itu. Ingatlah, di antara mereka ada yang buruk dalam memberi, buruk pula dalam meminta. Ingatlah, yang paling baik di antara mereka adalah yang baik dalam memberi dan baik pula dalam meminta. Dan yang paling jelek di antara mereka adalah yang buruk dalam memberi, dan buruk dalam meminta.

Ingatlah! Sesungguhnya kemarahan itu adalah bara di dalam hati Bani Adam. Bagaimana kalau kamu melihat kedua matanya yang memarahi dan urat lehernya yang menegang? Barangsiapa merasakan hal itu hendaklah ia menempel ke tanah.

WaAllahu'alam...

.::. oUtz.. sHa .::. 1:30 PM



[[* *]]

Tuesday, April 05, 2005

Tips mengekalkan Persahabatan

.::. Assalammualaikum .::.

Setiap insan perlu mempunyai sahabat... so ini dia sedikit tips utk kekalkan persahabatan...

-Saling Memberi Kebebasan-
Persahabatan memberi kita ruang utk berkongsi suka duka bersama dan bukannya utk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan org lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yg penting, si dia jujur pada persahabatannya.

-Saling Menahan Rasa Cemburu -
Ramai yg berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yg dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yg membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yg tak kena, tanyalah temanmu itu dgn baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan utk berbicara dgn fikiran yg matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu utk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan...

-Saling Memahami-
Utk menjadi sahabat yg baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dgn lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yg bukan2 tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yg mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa utk kamu bertemu si dia.

-Saling Mengalah-
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yg telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yg beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.

-Saling Memberi Kemaafan-
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yg sudi memberi kemaafan kepada org lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

Sekian... WaAllauh'alam...

.::. oUtz.. sHa .::. 10:51 AM





*^* sEkiAn... wAsSaLaM *^*

SeMoGa aPa yAnG dI sAmPaiKaN dApAt kiTa mAnFaAtKaN bErSaMa.. iNsYaAllaH..