*dGn NaMa ALLAH*

Image hosted by Photobucket.com


*uMieE's bLoG
*SuHaNa
*yAk
*SuLaZ
*cT
*ciPtAaN cT
*aL-QaDiRi
*aKhiE aZhaR
*ZaRiFa
*kAk iZzaH
*aQiLi
*Syazana
*PuTiHzAmRud


WeBbiEs

[[* DaiLy Ta'LiM *]]

[[* IsLaMwAy *]]

[[* NaSyid.CoM *]]
[[* aLwAn cOmiCz *]]
[[* LiriK nAsYid *]]


Image hosted by Photobucket.com

kErEsAhaN sELaLu mEnYeLimUti tAbiR hAti sEoRaNg iNsAn. kAdaNgKaLa mEndEriTa kEhaMpAaN sEhiNgGa sUkAr mEnCari pEnaWaRnYa. dEnGaN aZam yAnG kuKuh dAn kEmAhuAn yAng tEguH, aKaN mEmeCahkAn tEmbOk pEngHaLaNg kEjaYaAn iMpiAn CitA-ciTa...


[[ IsLaM ]]



Recent
Terkadang cinta perlu dipentingkanOleh: DR. HM TUA...
pErKaHwiNan yAnG pAsTi aKaN tiBa...Pada suatu masa...
Wahai Hati Tenanglah...Pernah satu ketika seorang ...
kEmaTiAn iTu sUaTu yAnG pAsTi..Daun nan dulunya pu...
WIRID DAN DOA HARIANAdalah menjadi satu keperluan ...
-KeHiLaNgAn mUkaSurAt aL-QurAn-Dalam rancangan Mis...
-BERSYUKURLAH-Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah se...
Dialah Isteri, Dialah sahabat....:: Kisah Siti Kha...
Kisah Khalifah Umar Bin Abdul AzizKhalifah Umar Bi...
PaNduAn bErsAma...NASIHAT RASULULLAH S.A.W. KEPADA...

Archive
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005





[[* *]]

Tuesday, August 16, 2005

Terkadang cinta perlu dipentingkan

Oleh: DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

"Rasa kasih, sayang dan cinta bukan satu perjudian untuk menentukan menang atau kalah tapi ia adalah ikatan hati yang menentukan nilai satu perhubungan, kesetiaan dan ketulusan"

Bukan sedikit orang yang menganggap remeh persoalan cinta. Cinta selalu dikaitkan dengan mereka yang tiada pendirian teguh dalam hidup. Itu silap, cinta penting lantaran ia anugerah ILAHI untuk setiap hamba-NYA. Sesiapa yang mendapat cinta akan merasai nikmatnya hidup. Sesiapa yang gagal mendapat cinta akan merasakan hidupnya kosong.

Cinta itu penting, maka itu bukan manusia saja ada perasaan cinta. Haiwan turut bercinta dalam maknanya yang berbeza. Haiwan dihantui cemburu, marah, dengki, khianat dan juga curang, manusia betapatah lagi. Unsur-unsur inilah yang menjadikan cinta sesuatu yang sangat menyakitkan meskipun pada asalnya ia menjanjikan keseronokan, kenikmatan, kebahagiaan, persefahaman dan lain-lain yang membawa makna serupa.

Cinta itu penting kerana dengan cintalah manusia mendapat kekuatan untuk membuktikan sesuatu. Dengan cinta manusia sanggup memanjat gunung, menuruni lurah, menyeberang lautan, malah kadangkala berdepan dengan singa lapar. Begitulah hebatnya penangan cinta. Tatkala ia menyelubungi hati, seluruh alam kelihatan indah, padahal pada waktu itu hari telah diselubungi gelap.

Cinta boleh mencerahkan yang kedam malah kadang-kadang memberi warna pada kehitaman. Hebatnya cinta hingga ada orang tidak berasa lapar walaupun tidak makan berhari-hari. Dia sanggup mempertaruhkan dirinya demi cinta. Dia sanggup berdepan dengan apa saja. Cinta adalah motivasi terulung dan teragung baginya.

Begitulah hebat dan berkuasanya cinta. Sayang, sesetengah orang menjadi semakin lemah oleh cinta. Cinta menjadikannya semakin malas hendak berusaha. Apabila cintanya bermasalah atau mati di tengah jalan dia hilang haluan. Dia menyeksa dirinya sendiri dengan berasa sedih.

Kesedihan itu sendiri masih boleh diterima. Maklum, namanya pun manusia, dibekali emosi yang sering berubah-ubah mengikut situasi apa yang didepaninya. Bersedih itu salah satu sifat semula jadi manusia, tetapi jika terlalu sedih ia mencabar tahap normal seseorang manusia.

Lihatlah kisah Laila dengan Qais dalam filem "Laila Majnun". Setelah pinangan Qais ditolak lantaran miskin, Qais hilang 'kejantantannya'. Saban hari dia menangis dan merindui Laila dan duduk merempat di birai masjid. Dirinya semakin tidak terurus.
Apa yang terkeluar dari mulunya hanya "Laila... Laila... Lailaaaa..."

Akhirnya tampil diri Qais tidak ubah seperti seorang yang gila. Dia diejek oleh kanak-kanak, kadang-kadang ada yang membalingnya dengan batu. Masih hatinya tidak terbuka untuk membuktikan sesuatu.

Lihatlah betapa cinta boleh menjadi manusia begitu bodoh dan tolol sekali. Andainya sungguh Qais inginkan Laila, sepatutnya dia tinggalkan kampung berkenaan dan kembali dengan setimbun harta, sebab itu pun syarat yang diberikan oleh ayahanda Laila. Dengan menangis dan merayu, itu hanya meruntuhkan martabatnya sebagai seorang lelaki, yang sepatutnya kuat dan tuntas jiwa.

Cinta itu penting tetapi usah terlalu dipentingkan. Apabila cinta terlalu dipentingkan, yang lain-lain akan nampak tidak penting. Jadikan cinta booster dalaman untuk membina kejayaan dan kecemerlangan. Keterbilangan kita kadang-kadang ditentukan oleh rasa cinta kita, tetapi kadang-kadang ketewasan kita juga ditentukan oleh perasaan cinta kita.

.::. oUtz.. sHa .::. 8:52 AM



[[* *]]

Saturday, July 30, 2005

pErKaHwiNan yAnG pAsTi aKaN tiBa...

Pada suatu masa yang ditetapkan... kita pasti dirisik... pertunangan sejak azali... di hujung hidup nanti... berlangsung perkahwinanmu dengan maut.. hantarannya... sakit dan nazak... tamu bertandang menghadiahkan esak tangis... pengantin dimandikan.. dipakaikan baju cantik putih... wangian gaharu dan cendana... keranda jadi pelamin... pengantin bersanding bersendirian... diarak keliling kampung... berkompangkan azan dan kalimah kudus... akad nikahnya bacaan talkin... berwalikan liang lahad... saksi pula nisan-nisan... siraman air mawar... keluarga terdekat menepung mawar... Tiba masa pengantin... menunggu sendirian... malam pertama bersama KEKASIH... di kamar bertilamkan tanah... dan dia menuntut janji... sucikah kita tatkala berpadu... pernahkah taubat sepanjang hayat... atau terkubur bersama dosa-dosa... dan dia KEKASIH itu... menetapkanmu ke syurga... atau melemparkan dirimu ke neraka...

* jadi perkahwinan yang mana kamu nantikan??? fikirkanlah....*

.::. oUtz.. sHa .::. 6:40 PM



[[* *]]

Tuesday, July 26, 2005

Wahai Hati Tenanglah...

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Mas'ud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut, aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadatkepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini .... sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: "Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."

.::. oUtz.. sHa .::. 12:19 PM



[[* *]]

Saturday, June 11, 2005

kEmaTiAn iTu sUaTu yAnG pAsTi..

Daun nan dulunya pucuk menghijau, pasti akan menjadi tua..lalu layu berguguran ke bumi, kering dan hancur dimamah bumi. begitu juga dengan kitaran hidup kita, daripada punya tapak kaki sebesar dua jari ibu..kemudian merangkak, bertatih..berlari dan menyusuri hidup ini sebagai seorang dewasa, kemudian tua dan akhirnya kembali pada Yang Empunya. tapi, kematian tidak beraroma dan tidak kenal usia..andai telah ditulis olehNYA, pasti ia akan datang jua..walau ketika itu kita rasakan kita masih muda dan mungkin masih punya kesempatan menikmati dunia yang fana' ini.

"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak pula dapat mendahuluinya." (Yunus:49)

Bila bercerita tentang kematian, pasti semua orang mengharapkan khusnul khatimah, dan di sini ana ingin berkongsi mengenai beberapa tanda-tanda "Husnul Khatimah" yang ditunjukkan oleh Allah Ta'ala berdasarkan dalil-dalil syar'ie, antaranya:

*Mengucap kalimah syahadah ketika hampir mati.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang akhir kalimatnya `Lailaha Illallah' nescaya masuk syurga."


*Mati dalam keadaan percikan peluh di dahi.
Satu hadis menceritakan bahawa sahabat Rasulullah iaitu Baridah bin Khasib r.a pernah mendengar Rasulullah bersabda ketika beliau melawat saudaranya sakit.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Mati orang yang beriman itu dengan percikan pelu di dahi."


*Mati di malam Jumat atau harinya,
kerana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Tiada seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau malamnya melainkan Allah pelihara akan dia dari fitnah kubur."


*Mati syahid di medan perang, iaitu orang yang berjihad menegakkan agama Allah.

*Mati kerana sakit taun, sakit perut, ditenggelami air atau ditimpa kemalangan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Orang yang mati syahid itu lima, orang yang mati sakit taun, mati sakit perut, mati ditenggelami air, mati ditimpa kemalangan dan mati syahid di medan perang jihad pada jalan Allah."


*Perempuan yang mati di dalam nifas dengan sebab melahirkan anak, orang yang mati terbakar, mati kerana sakit paru-paru dan sakit cirit- birit.
Hal ini berkaitan dengan gambaran hadis rasulullah s.a.w yang bermakud:
"Orang yang terbunuh kerana berjuang di jalan Allah mati syahid, perempuan yang mati dalam nifas mati syahid, orang yang mati ditenggelami air mati syahid, orang yang mati kerana cirit-birit mati syahid dan orang yang mati sakit perut mati syahid."


*Orang yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas,
kerana dinyatakan oleh bebrapa hadis. Di antaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan hartanya (menurut satu riwayat yang lain, sesipa yang dicerobohi hartanya dengan cara yang tidak benar lalu ia menentangnya, lalu ia mati) maka dia mati syahid."

*Mati kerana mempertahankan agama dan nyawa,
di antara dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan hartanya ia mati syahid dan siapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan keluarganya ia mati syahid dan siapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan agamanya ia mati syahid dan siapa yang mati mempertahankan darahnya ia mati syahid."


*Mati kerana bertugas di dalam perjuangan Islam.
Diantara dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Setiap yang mati ditamatkan amalannya kecuali orang yang mati bertugas di medan perjuangan pada jalan Allah, maka sesungguhnya amalan bertambah- tambah sehingga hari kiamat dan ia akan diamankan dari fitnah kubur."


*Mati kerana beramal soleh, yakni ketika melakukan amal ibadat menyembah Allah seperti berpuasa, solat dan sebagainya.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang berkata `Lailaha Illallah' kerana Allah lalu ia mengakhiri hayatnya dengannya nescaya ia masuk syurga, sesiapa yang berpuasa satu hari kerana Allah lalu ia mengakhiri hayatnya dengannya nescaya ia masuk syurga."

Demikian beberapa alamat Husnul Khatimah yang bakal menanti saat kematian manusia. Tanda Husnul Khatimah ini akan dikurniakan oleh Allah Ta'ala kepada sesiapa sahaja dikalangan hambaNya. Mudah-mudahan Allah Ta'ala mengurniakannya kepada kita, Amin.

.::. oUtz.. sHa .::. 1:25 PM



[[* *]]

Monday, May 30, 2005

WIRID DAN DOA HARIAN

Adalah menjadi satu keperluan bagi setiap orang Islam melazimkan dirinya dengan zikir kepada Allah SWT sepanjang masa. Antara caranya ialah dengan memilih wirid dan doa tertentu untuk dijadikan amalan.

Diriwayatkan daripada 'Umar bin al-Khattab, sabda Rasulullah SAW:"Sesiapa yang tertinggal dengan sebab tertidur daripada membaca wirid yang biasa diamalkannya atau sesuatu daripadanya, kemudian ia membacanya pada waktu antara solat Subuh dan solat Zohor, maka ditulis ganjaran untuknya seolah-olah ia membacanya pada waktu malam."(Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa'i dan Ibn Majah)

Susunan buku ini dapat memudahkan kita melakukan amalan tersebut. Seterusnya menggalakkan kita melakukannya secara berterusan. Amalan seperti ini dengan penghayatannya adalah menjadi sebagai pengubat jiwa dan pasak kepada kecekalan diri serta mendorong kepada keberkatan dalam kerja-kerja harian kita. Ganjarannya tetap boleh diperolehi daripada Allah SWT baik di dunia maupun di akhirat.

Teks asal bahagian Wirid Harian dikumpulkan oleh Muhammad AbdulJawwad dan disemak oleh ulama al-Azhar, Syeikh Abdul Halim Mahmud.Kemudian ia telah disusun semula dan diterjemahkan sehingga dapatditerbit dalam bentuk buku seperti ini.

Wirid-wirid dan doa-doa di dalam buku ini merupakan kumpulan doa yang dipetik dari al-Quran dan al-Sunnah. Bacaannya wajar diulangi pada setiap pagi dan petang. Wirid Harian tidak semestinya dibaca mengikut hari-hari yang dicadangkan tetapi dengan mengikuti wirid-wirid yang telah dicadangkan pada hari-hari tertentu, pembaca akan mendisiplinkan diri untuk membaca di samping menghayati semua doa yang meliputi segala keadaan dalam tempoh seminggu.

Semoga segala harapan kita menjadi kenyataan dengan berkat wirid dan doa ini, insyaAllah.

.::. oUtz.. sHa .::. 3:31 PM





*^* sEkiAn... wAsSaLaM *^*

SeMoGa aPa yAnG dI sAmPaiKaN dApAt kiTa mAnFaAtKaN bErSaMa.. iNsYaAllaH..