*dGn NaMa ALLAH*

Image hosted by Photobucket.com


*uMieE's bLoG
*SuHaNa
*yAk
*SuLaZ
*cT
*ciPtAaN cT
*aL-QaDiRi
*aKhiE aZhaR
*ZaRiFa
*kAk iZzaH
*aQiLi
*Syazana
*PuTiHzAmRud


WeBbiEs

[[* DaiLy Ta'LiM *]]

[[* IsLaMwAy *]]

[[* NaSyid.CoM *]]
[[* aLwAn cOmiCz *]]
[[* LiriK nAsYid *]]


Image hosted by Photobucket.com

kErEsAhaN sELaLu mEnYeLimUti tAbiR hAti sEoRaNg iNsAn. kAdaNgKaLa mEndEriTa kEhaMpAaN sEhiNgGa sUkAr mEnCari pEnaWaRnYa. dEnGaN aZam yAnG kuKuh dAn kEmAhuAn yAng tEguH, aKaN mEmeCahkAn tEmbOk pEngHaLaNg kEjaYaAn iMpiAn CitA-ciTa...


[[ IsLaM ]]



Recent
BiCaRa sEoRnG kEkAsiH...Nah, ambil la ini.. ("\/")...
-RaHsiA buLaN-:: AsSaLaMmUaLaiKum! ::Berikut disen...
-Wahai kaum Hawa..-:: Assalammualaikum wr...wb... ...

Archive
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005





[[* *]]

Friday, March 25, 2005


aPabiLa sAmPainYa aJaL...


:: Assalammualaikum wr... wb.. ::

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga:
Keluarga, Hartanya, Dan Amalnya.

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu Tinggal Bersamanya;
Keluarga Dan Hartanya Akan Kembali
Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Ketika Roh Meninggalkan Jasad...

Terdengar Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Pulan Anak Si Pulan.. Apakah kau yang telah meninggalkan dunia, Atau dunia yang meninggalkanmu Apakah kau yang telah menumpuk harta kekayaan, Atau kekayaan yang telah menumpukmu Apakah kau yang telah menumpuk dunia, Atau dunia yang elah menumpukmu Apakah kau yang telah mengubur dunia, Atau dunia yang telah menguburmu."

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Pulan Anak Si Pulan... Mana badanmu yang dahulunya kuat Mengapa kini terkulai lemah Mana lisanmu yang dahulunya fasih Mengapa kini bungkam tak bersuara Mana telingamu yang dahulunya mendengar Mengapa kini tuli dari seribu bahasa Mana sahabat-sahabatmu yang dahulunya setia Mengapa kini raib tak bersuara."

Ketika Mayat Siap Dikafan...

Suara dari langit terdengar memekik, "Wahai Pulan Anak Si Pulan Berbahagialah apabila kau bersahabat dengan redha Allah Celakalah apabila kau bersahabat dengan murka Allah Wahai Pulan Anak Si Pulan... Kini kau tengah berada dalam sebuah perjalanan Nun jauh tanpa bekal Kau telah keluar dari rumahmu Dan tidak akan kembali selamanya Kini kau tengah safar pada sebuah tujuan yang penuh pertanyaan."

Ketika Mayat Diusung....

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Pulan Anak Si Pulan.. Berbahagialah apabila amalmu adalah kebajikan Berbahagialah apabila matimu diawali taubat Berbahagialah apabila hidupmu penuh dengan taat."

Ketika Mayat Siap Dishalatkan....

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai pulan Anak Si Pulan.. Setiap pekerjaan yang kau lakukan kelak kau Lihat hasilnya di akhirat Apabila baik maka kau akan melihatnya baik Apabila buruk, kau akan melihatnya buruk."

Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat....
Terdengar Suara Memekik Dari Langit, "Wahai Pulan Anak Si Pulan... Apa yang telah kau siapkan dari rumahmu yang luas di dunia Untuk kehidupan yang penuh gelap gelita di sini Wahai Pulan Anak Si Pulan... Dahulu kau tertawa kini dalam perutku kau menangis Dahulu kau bergembira kini dalam perutku kau berduka Dahulu kau bertutur kata kini dalam perutku kau Bungkam seribu bahasa."

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian....
Allah Berkata Kepadanya, "Wahai hambaKu.. Kini kau tinggal seorang diri Tiada teman dan tiada kerabat Di sebuah tempat kecil, sempit dan gelap.. Mereka pergi meninggalkanmu.. Seorang diri padahal, Kerana mereka kau pernah langgar perintahku Hari Ini.... Akan Kutunjukan kepadamu kasih Sayang-Ku yang akan takjub seisi alam Aku akan menyayangimu lebih dari kasih sayang seorang ibu pada anaknya. Kepada jiwa-jiwa yang tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang Kembalilah Kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam JannahKu."

.::. oUtz.. sHa .::. 5:15 PM





*^* sEkiAn... wAsSaLaM *^*

SeMoGa aPa yAnG dI sAmPaiKaN dApAt kiTa mAnFaAtKaN bErSaMa.. iNsYaAllaH..