*dGn NaMa ALLAH*

Image hosted by Photobucket.com


*uMieE's bLoG
*SuHaNa
*yAk
*SuLaZ
*cT
*ciPtAaN cT
*aL-QaDiRi
*aKhiE aZhaR
*ZaRiFa
*kAk iZzaH
*aQiLi
*Syazana
*PuTiHzAmRud


WeBbiEs

[[* DaiLy Ta'LiM *]]

[[* IsLaMwAy *]]

[[* NaSyid.CoM *]]
[[* aLwAn cOmiCz *]]
[[* LiriK nAsYid *]]


Image hosted by Photobucket.com

kErEsAhaN sELaLu mEnYeLimUti tAbiR hAti sEoRaNg iNsAn. kAdaNgKaLa mEndEriTa kEhaMpAaN sEhiNgGa sUkAr mEnCari pEnaWaRnYa. dEnGaN aZam yAnG kuKuh dAn kEmAhuAn yAng tEguH, aKaN mEmeCahkAn tEmbOk pEngHaLaNg kEjaYaAn iMpiAn CitA-ciTa...


[[ IsLaM ]]



Recent
-RaHsiA buLaN-:: AsSaLaMmUaLaiKum! ::Berikut disen...
-Wahai kaum Hawa..-:: Assalammualaikum wr...wb... ...

Archive
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005





[[* *]]

Monday, March 21, 2005


BiCaRa sEoRnG kEkAsiH...

Nah, ambil la ini.. ("\/")
Ini adalah hati. Hatiku. Kau dah jadi sebahagian dariku. Kau lebih dari seorang kawan. Tapi maaf. Sebab, hati itu aku tak beri sepenuhnya.Cuma sebahagian saja...
Aku pernah beri hatiku pada orang lain juga. Dan aku tak pernah beri kesemuanya.
Aku takut aku tiada hati untuk diriku sendiri. Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya.
Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri. Mungkin bunyinya kelakar. Tapi itu realitinya. Ia juga berubah mengikut rentak hidupmu. Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ianya bukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa. Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu percayakan kau.
Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.
Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu mistik!
Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu. Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika... sehingga hatinya pulih seperti sediakala. Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah.
WaAllahu'alam.....

.::. oUtz.. sHa .::. 9:20 PM





*^* sEkiAn... wAsSaLaM *^*

SeMoGa aPa yAnG dI sAmPaiKaN dApAt kiTa mAnFaAtKaN bErSaMa.. iNsYaAllaH..